Monday 24 June 2013

Bahagia dalam duka

بيسم الله الرحمن الرحيم




Terkadang bila kita terjatuh,
dalam lubang kegelapan,
Terasa seolah dunia luar,
itu asing bagi kita,
Senyum di bibir ibarat dipaksa,
Gembira pula ditampal sahaja ke wajah,
walau hati dipenuhi lara.

Diri ini mula bertanya,
Apa yang kamu sedihkan sebenarnya?
Apakah kamu tidak mampu memaafkan diri,
atas kesilapan lalu?
Harapan di mata ini, seolah tiada,
Semangat mula memudar.



Apa yang kau inginkan wahai diri?
KEBAHAGIAAN??
Tiada siapa mampu mendefinisikan bahagia,
apatah lagi meletakkan bahagia itu di mana.


Apakah dengan berada di puncak kejayaan,
Engkau kan bahagia?
Atau engkau memiliki wang berjuta,
kau kata kau bahagia dengan hidupmu,
Ada pula yang berkata,
Hidup yang tenang,
bersama keluarga penyejuk jiwa,
Itu sebenarnya bahagia.


Sejujurnya manusia memang ingin bahagia,
Aku jua begitu,
Hidup tiada duka,
Siapa ingin ditimpa kegagalan,
Kehilangan yang tersayang,
dan jua hidup menderita.


Namun,
Apa jua yang terjadi,
pasti ada sebabnya,
Tuhan ingin menduga kita,
kerna dia sayang akan hambanya,


Kau menghargai adanya nikmatnya bayu,
setelah merasa panasnya mentari,
Kau juga tidak mampu mengenal siang,
jka tiadanya malam.
Maka tiada kejayaan yang manis,
andai engkau belum pernah merasa,
Kegagalan yang pahit.


Hidup ini sebuah perjalanan,
bukan berakhir esok atau lusa,
malah sampai nafas terakhir,
Jangan mudah mengalah,
walau di tahap kehidupan mana,
engkau sedang hadapi.



tahap kehidupan

Apa jua manusia lain fikirkan,
Biarkan,
Bisikan yang menjatuhkan dirimu,
Biarkan,
Percaya diri,
jangan mudah merasa lemah.


hanya engkau mengetahui potensi diri

Lakukan sesuatu yang dirimu,
pada masa akan datang,
akan berterima kasih.
Bersungguhlah dalam kehidupan,
supaya engkau tidak menyesal,
di kebelakangan hari.

REDROSE 24 Jun 2013.

Berdoalah kepada Allah seandainya engkau ditimpa kesedihan.



Kudedikasikan lagu ini buat semua yang membaca post ini.

      


No comments:

Post a Comment