Wednesday 14 August 2013

Puisi; Tanpa kita sedari.

Bismillah~
Kekangan masa membuatkan diri ini hanya mampu 'update' blog di waktu senggang. Maka, karya juga karya lama yang terlintas di kepala namun belum disiarkan di mana-mana media elektronik mahupun media cetak. Terimalah pandangan dari diri yang hina ini moga apa yang ditulis bermanfaat buat semua.

Nah..hadiah [Bunga itu indah]

Tajuk: tanpa kita sedari 1.56 pm. Jumaat 22 Mac 2013

Dengarkan muzik instrumental dari Yiruma bertajuk "Kiss the Rain" sambil membaca. Harap-harap tidak membosankan.

Tanpa kita sedari, kerna kata-kata kita, mampu membuatkan manusia terluka, Ibu kita menangis, Sahabat kita bermasam muka, Dari tawa bermuram durja, kerna mulut ini tidak bisa dihalang,


Tanpa kita sedari, Kerna perbuatan kita, Persengketaan bermula, Salah faham bertingkah rasa, Dari suka bertukar benci, dari teman menjadi musuh,
Tanpa kita sedari, Perkataan dan perbuatan kita, yang mana memburuk, sebenarnya didasari hati, Jika benar hati ini bersih, maka lahirlah amalan yang ikhlas, Namun, Jika hati ini kotor dengan maksiat, Maka maksiat pada pandangan menjadi kebaikan.
Wahai manusia, Pandulah hatimu ke arah kebenaran, Susunlah kata-katamu menyenangkan manusia lain, Fikirklah sebelum kamu berbuat sesuatu, Agar perbuatan menjadi saksi kebaikan di hadapan Tuhan.
Didiklah hatimu, tundukkan nafsumu, maka kau kan memperoleh kebaikan.


Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sesungguhnya menulis itu memerlukan kesungguhan. Diri ini sedang belajar untuk memupuk minat dalam penulisan sepertimana minat terhadap bunga dan kucing. Doakan mampu menjadi penulis yang berjaya dan juga doktorah muslimah suatu hari nanti.Amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN, Kullu am wan entum bikhoir~ 14 Ogos 2013-4.25 p.m 

No comments:

Post a Comment