Saturday 23 February 2013

Selendang merah untuk Diana



credit to google image^^
            
                   Diana membuka matanya perlahan-lahan, dunia yang tadinya kelam mula terserlah dipandangan. Hairan bercampur takjub, Diana kini berada di sebuah taman yang indah. Angin nyaman berhembus perlahan menyapa pipinya yang memerah. Bungaan indah dapat dilihat sejauh mata memandang. Taman di kelilingnya dipagari pepohonan ros merah bercampur ros putih dan juga ros kuning.
 ­
            “ Aku kat mana ni? Rasanya  tadi aku dekat Masjid Azhar. Tempat apa ni? MashaAllah..mustahil wujud taman seindah ini di Mesir.”

            Diana berkira-kira perlukah dia meninjau taman ini. Benarkah apa yang dia alami? Atau semua ini hanyalah mimpi?  Spontan Diana mencubit pipinya. “Ouchh” dia mengaduh kesakitan. Benarlah dia tidak bermimpi. Tiba-tiba telinganya menangkap alunan suara yang merdu. Suara yang cukup merdu itu sedang mengumandangkan ayat-ayat suci Al-Quran. Diana terpegun buat seketika. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mendengar bacaan Al-Quran seindah ini. Hatinya terasa tenang.

Sunday 10 February 2013

Aku dan pena..Sebuah pengenalan


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.



Diriku menulis bukan kerana kemasyhuran dunia,
Bukan jua kerana kemewahan semata,
Apatah lagi mengejar nama,
Bukan itu yang kupandang tentang dunia pena,
Ku harap dengan pena kecilku ini,
Dunia ini tidak lagi sepi,
Malah meriah dengan rasa kehambaan,
Tatkala jari-jari menari,
Bait-bait kata mula menampakkan diri,
Sang penulis hanya mengharap kepada Ilahi,
Agar ruang kecilku tidak menjadi fitnah duniawi,
Malah saham penyumbang syurga hakiki.

Mafhumnya: Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan lagi kepadanya tujuh lautan setelah (kering)nya. Nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan (kalimat-kalimat Allah). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Luqman; Ayat 27