Tuesday 27 January 2015

Jejak Kehidupan Part 1; Terbang Lebih Tinggi.

Hari ini aku belek kembali gambar-gambar lama zaman sekolah, dan juga INTEC(International Education Center). Masih elok disimpan dalam laptop. Pejam celik rupanya sudah 4 tahun aku menjejakkan kaki ke Mesir. Cepat sungguh masa berlalu. Eh dah hampir setengah tahun aku bergelar Mahasiswi Tahun 5 Universiti Kaherah.

Bosan pulak cakap(baca: conteng), biar gambar berbicara. ^_^

Bak burung terbang bebas. Engkau mahu terbang tinggi dan terus bebas bermimpi.

Zaman sekolah.

Sweet 17.
Kala ini aku sibuk mengejar kejayaan.

SPM kuanggap penentu kehidupan.

Kecintaan kepada Biology membuatkan aku bermimpi untuk bergelar Doktor pada masa hadapan.

Tidak kusangka, Biology dan Perubatan itu berbeza seperti langit dan bumi. >.<

Kelas 5 Sains 1

Hari Graduasi SMAASZA, kredit to mukminah
11 Mac 2010.

Hari yang kunanti akhirnya tiba. Keputusan SPM akan diumumkan.

Alhamdulillah, aku diumumkan pelajar terbaik SPM 2009 peringkat sekolah. (Kita ni orang biasa je).

Wajah gembira terima result. gambar kredit to Azizul Hakim

Antara hari terbaik dan selamanya memori terindah dalam hidup.

Dapat berapa?

Biarlah rahsia.

Dunia baru penuh pancaroba namun kugagahi jua. Mengorak langkah lebih jauh.

Zaman Persediaan di INTEC (Pra-Universiti)


Sejujurnya aku mengalami sedikit kejutan budaya ketika ini.

Tudung sekolah dulunya labuh, namun di INTEC tudung bawal MYDIN bidang 50 menjadi pilihan.

Entah apa merasuk fikiran.

Adakah itu kebebasan yang kucari?

Apa paling indah pastinya bertemu sahabat setia yang juga sehati sejiwa.

Akhawat MEG 5 bersama Miss Wanie


It is us again ^^
4 bulan di INTEC membuka dimensi baru dalam kehidupan.

Aku yang dulunya hidup dalam kepompong diri, mula mengenal erti sahabat.

Aku yang dulunya anti lelaki, mula belajar berkerja(baca: buat esaiment) dengan kaum Adam.

Aku yang dulunya rasa diri ni pandai, mula sedar diri ada yang lebih genius daripada aku.


Cita-citaku hampir digapai, 6 tahun di perantauan. Tabahlah wahai diri.

 Akhirnya, aku lulus dan  graduasi dengan jayannya dari INTEC. Seterusnya, terbang ke Mesir!!

Kali pertama menaiki kapal terbang. Bahagia je semua ^^



Ok dah lewat malam.

Kita bagi teaser Part 2; Langkah Pertama

 Selamat datang ke Bumi Anbiya! Ketibaan GENX yang dinantikan.

Redrose, 28 Januari 2015; 12.18 a.m.